Ada lima jenis atap rumah
digunakan oleh penduduk Kampung Tok Kah. Secara berurutan, pada peringkat awal,
mereka menggunakan atap daun kayu. Biasanya mereka menggunakan daun daun palas,
atau bertam yang dijahit menggunakan rotas beras dibelah empat. Daun-daun itu
dijahit dalam bentuk sisir.
Atap jenis kedua ialah atap getah
hitam. Atap ini dijual di kedai Dungun, dalam bentuk gulungan. Untuk sebuah
rumah memerlukan tiga hingga empat gulungan dan dipaku menggunakan paku payung.
Jenis atap ketiga ialah atap zink. Sekitar tahun 1980-an, mereka mula menggunakan
atap steh. Kini, mereka menggunakan atap bata.
Penduduk Kampung Tok Kah mula
menggunakan simen untuk membuat rumah sekitar akhir 1980-an. Kebanyakannya
menggunakan simen di bahagian bawah (dapur) dan kayu di bahagian atas atau
dinding ibu rumah. Simen mula digunakan untuk membuat tangga dan beranda
hadapan. Rumah batu sepenuhnya dibina sekitar tahun 1990-an, iaitu rumah Azmi.
Beliau ialah anak Ketua Kampung, Encik Zakaria Salleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan