Semasa dalam proses meneroka, ada
dua orang penduduk Kampung Tok Kah yang menjadi orang perantaraan antara
penduduk dengan pihak kerajaan negeri Terengganu. Mereka berperanan mendapatkan
permit meneroka tanah sehingga ke pelantikan jawatan ketua kampung.
Orang
pertama ialah Encik Awang bin Jusuh, yang datang meneroka pada tahun 1962.
Encik Awang mengutip wang penduduk untuk urusan dengan Pejabat Tanah Daerah
Dungun. Satu ketika, usaha Encik Awang telah dibantah kerana tidak dapat
menyelesaikan banyak urusan.
Orang kedua menjadi orang
perantaraan ialah Che Din. Beliau berurusan dengan wakil rakyat, dan termasuk
juga menulis surat kepada Menteri Besar Terengganu, YAB Encik Ibrahim Fikri. Di
bawah urusan Che Din, banyak masalah penduduk dapat diselesaikan, termasuk
melantik Ketua Kampung Tok Kah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan