Para penduduk pada pasal kedua
membina rumah menggunakan bahan-bahan dari hutan. Tiang dan pelbagai rangka rumah diperbuat dari kayu
bulat. Kayu-kayu itu ditebang, dibuang kulit dan direndam ke dalam parit
sekitar sebulan. Tujuannya ialah menambahkan ketahanan kayu dan bagi
mengelak daripada dimakan bubuk atau
kumbang.
Mereka membina rumah secara
bergontong-royong. Mereka dijamu dengan nasi atau bubur kacang sahaja.
Dinding rumah diperbuat daripada
kulit kayu Kapor. Kayu Kapor sebesar dua atau tiga pemeluk ditebang dengan
kapak. Kulit selebar dua jengkal akan dikopak dari batangnya. Kulit kayu Kapor
bergelupas. Justeru, terpaksa menggunakan ketam untuk melicinkannya. Walau
bagaimanapun, ada juga yang tidak melicinkannya, dan dibiarkan sebagaimana
asal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan