Selasa, 29 Oktober 2013
Jumaat, 25 Oktober 2013
Binaan Jalan
Mulanya, jalan di kampung Tok Kah
hanya jenis denai sahaja. Para penduduk berjalan kaki, dari jalan raya di
Kampung Pulai Serai, ke Kampung Tok Kah. Jarak dari jalan utama ialah sekitar 7
kilometer.
Jalan ke Kampung Tok Kah banyak
dibantu oleh syarikat pembalakan yang mengambil balak di belakang Kampung Tok
Kah. Setahu saya, jalan lori balak dibuat sehingga ke rumah Semail. Seterusnya,
para penduduk bergontong-royong membina batas-batas jalan dengan cara
mencangkul tanah membina batas dan parit. Pada tempat-tempat tertentu, kawasan
paya, mereka memijak pada tanah-tanah yang keras, yang berumput atau bersayat
sebagai jalan perhubungan. Lazimnya, laluan itu akan jadi bertambah dalam
menyebab laluannya jadi semakin lebar. Pada tempat-tempat tertentu juga,
kawasan berpaya, disusun balak dan ditahan / sendal dengan kayu pacak agar
balak tidak beralih. Lazimnya, balak itu akan berpusing. Jika tidak pandai
meniti di atasnya akan menyebabkan jatuh dan pakaian jadi kotor.
Jalan di kawasan daratan pula
jenis denai yang melalui halaman dari sebuah rumah ke sebuah rumah penduduk.
Sekitar tahun 1981, baharulah
dibina jalan tanah merah oleh Syarikat Che Ah Kie (mungkin ejaannya salah).
Antara tanah diambil bagi membina jalan ialah tanah bukit ibu aku. Aku sendiri
bekerja sebagai pencatat bilangan kekerapan lori mengangkut tanah. Ibu menjual
tanah dengan harga RM2.50 selori untuk tujuh kali kaut selori. Ada dua orang
pegawai Jabatan Kerja Raya sebagai pemantau. Kerap juga berlaku hanya lima atau
enam kali kaut selori.
Sekitar tahun 1988 atau 1989
jalan tanah merah mula ditarkan secara kasar dan sekitar tahun 1990-an
baharulah jalan berkenaan ditarkan dengan cantik dan licin, sebagaimana
sepatutnya. Sekitar awal tahun 2000-an, jalan ke Gong Bana hingga ke Kampung
bukit Murai juga ditarkan.
Langgan:
Catatan (Atom)