Isnin, 3 November 2014

Mutiara Kata SN Muhammad Haji Salleh

Yang berikut merupakan mutiara kata Sasterawan Negara Dr. Muhammad Haji Salleh yang diucapkan dalam syarahannya di Sidang Kemuncak Penulis Malaysia pada 24 - 26 Oktober 2014 di Darulaman Golf & Country Resort, Jitra, anjuran ITBM, PENA.
  1. Kita sudah maju ke depan tetapi meninggalkan maklumat di belakang,
  2. Adakah penggubal kurikulum sastera Melayu tahu tentang sastera?
  3. Sastera besar tidak semesti datang daripada negara besar,
  4. Saya ingin melihat karya yang lebih banyak detail, yang meletakkan dunia dan pengalaman di bawah mikroskop yang sangat besar,
  5. Sastera ialah karya yang memberi pengajaran,
  6. Kritikan ialah sayap sastera yang patah, dipatahkan oleh gasang dan tidak berbudi bahasa.

Khamis, 21 Ogos 2014

Ibrahim Mamat

Ibrahim Mamat bersama sepipunya

Ibrahim Mamat semasa dalam Rela






















Ibrahim Bin Mamat, lahir di Kuala Kerai, Kelantan. Seorang yang sangat berminat dan cekap menggunakan senjata. Beliau merupakan kumpulan anggota Rela pertama di Kampung Tok Kah, sekitar 1980-an - 1990-an. Berkhidmat menjaga keselamatan kampung tanpa bayaran sehingga berumur 60. Beliau juga merupakan mandur pertama Mini Estet Getah Kampung Tok Kah (1981 - 2004). Seorang yang berani, sangat amanah dan sanggup bekerja tanpa mengira masa, walaupun upahnya tidak sepadan.

Selasa, 19 Ogos 2014

Isnin, 11 Ogos 2014

Kebakaran Hutan

JAS tangani kes kebakaran berulang di Kampung Tok Kah, Dungun

Oleh: Aida Abd Rahman
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu meningkatkan pemantauan dan langkah berjaga-jaga berikutan kes kebakaran berulang di kawasan berpaya di Kampung Tok Kah, Dungun sejak kebelakangan ini.
Pengarahnya, Puan Roshadah Hashim berkata, pada tahun ini, JAS menerima dua aduan kebakaran terbuka di tanah lembap itu, melibatkan keluasan masing-masing lebih 40 hektar dan 55 hektar. 

“Apabila musim panas dan kering di kawasan Terengganu ini, apa yang merisaukan kita adalah pembakaran terbuka di Dungun (Kampung Tok Kah), biasanya akan menyebabkan kebakaran.

“Kawasan itu tanah gambut, lagipun sumber air di kawasan kurang jadi apabila terbakar lambat sikit dapat dipadamkan,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman /Nota Kerjasama Antara JAS Terengganu dan Agensi Kerajaan, IPT dan Swasta serta 3P, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir merasmikan majlis itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Tenaga, Teknologi Hijau & Air negeri, YB Haji Bazlan Abd Rahman. Hadir sama, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik JAS, Dato’ Abu Hassan Mohd Isa.

 “Kita ada menerima dua laporan berhubung kebakaran di kawasan sekitar Kuala Abang pada tahun ini, yang mana kali pertama (tahun ini) pada Mei lalu akibat cuaca yang terlampau kering dan panas.

 “Apa yang membimbangkan, kebakaran berlaku berhampiran rumah penduduk dan boleh menjejaskan keselamatan penghuni kawasan itu, malah jika berlarutan akan menyebabkan kualiti udara merosot,”katanya.

Bagaimanapun, Puan Roshadah berkata, sehingga kini, punca sebenar kebakaran di kawasan itu sejak akhir-akhir ini tidak dapat dipastikan.

“Kita pun tidak tahu punca sebenar kebakaran, bagaimanapun pihak bomba memberitahu apabila musim panas kadang-kadang di situ, kaca-kaca lama yang orang buang di kawasan itu boleh mengeluarkan percikan api, kadang-kadang orang buang puntung rokok sahaja, disebabkan keadaan tersangat kering jadi mudah terbakar dan merebak,” katanya.
 
Siaran: Teganukite 26 November 2013

Rabu, 6 Ogos 2014

Surau Kampung Bahagia, Tok Kah

Gambar ini diambil dalam tahun 1970-an. sebilangan rombongan dari Hospital Daerah Dungun yang melaksanakan projek kesihatan bergambar bersama-sama dengan sebilangan pendudukan kampung di hadapan surau di Kampung Bahagia, sempena pembukaan surau tersebut. Penduduk kampung, termasuk ibu dan aku, sempat solat dan belajar agama di surau ini. Kini, surau ini tiada lagi. Segala kayu-kayannya telah dipindahkan dan dibina di tanah Shafie Awang (Pak Da).