Atas usaha dan jasa Che Din,
Ketua Kampung Tok Kah pertama berjaya dilantik. Pada mulanya terdapat beberapa
nama yang berminat menjadi ketua Kampung Tok Kah. Empat daripada mereka tinggal
di luar Kampung Tok Kah, iaitu dua orang tinggal di Kuala Dungun, dan seorang
tinggal di Kampung Bemban.
Atas permintaan wakil rakyat dan
Pegawai Daerah Dungun ketika itu, mereka mahu Ketua Kampung Tok Kah dilantik
daripada penduduk Kampung Tok Kah sendiri. Justeru, secara automatik, Encik Wan
Ya telah dilantik sebagai Ketua Kampung Tok Kah tanpa bertanding.
Sebelum menjadi ketua kampung,
Encik Wan Ya, atas permintaa Che Din, telah ditugaskan membantu Che Din dan
melaksanakan beberapa urusan penduduk dengan kerajaan negeri Terengganu. Hal
ini menyebabkan pihak kerajaan negeri dengan mudah menerima Encik Wan Ya
sebagai ketua kampung.
Sekitar tahun 1970-an, Encik Wan
Ya telah meninggal dunia kerana sakit. Penduduk sebulat suara melantik Encik
Zakaria Salleh sebagai ketua kampung. Pada masa ini, Encik Zakaria Salleh
tinggal di Gong Bana, hujung Kampung Tok Kah. Setelah menjadi ketua kampung,
beliau telah pindah ke Kampung Tok Kah. Hal ini kerana di Gong Bana masih sukar
jalan penghubungan. Perpindahan itu memudahkan beliau menjalankan urusan
pentadbiran dengan cepat dan cekap.
Mulai September 2009, Kampung Tok
Kah ketiadaan ketua kampung. Khabarnya, Encik Zakaria Salleh telah meletak
jawatan disebabkan masalah peribadi. Kini Ketua Kampung Tokkah ialah Encik Jasmi.